1. Food. Of courselah, mana ada manusia boleh hidup tanpa makan dan minum. Even sekecil-kecil kuman pun perlukan makanan.
2. Air. Udara nie termasuklah oxygen. Okay, nie keperluan wajib! Sebab tula aku tak suka pergi tempat yang bersesak-sesak dengan orang ramai, pengudaraan tak cukup. Rasa macam tak boleh nak bernafas pun ada. Hee, bajet pula aku nie.
3. Handphone. Tak kisahla kalau orang lain nak cakap iPhone ke, iPad ke, bagi aku, handphone paling useful. Lagipun, aku pun bukan berminat dengan gadget bagai-bagai nie. Sebabnya, handphonela yang tolong kejut aku pagi-pagi, jadi reminder untuk segala test, quiz dan jugak birthday kawan-kawan. Manala aku mampu nak ingat semua tu. Kalau iPhone tu bukan semua orang mampu nak pakai kan, tambah-tambah student macam aku, kalau ada sugar daddy nak sponsor tu bolehla. Nak pakai iPad pun boleh ke nak sumbat dalam pocket kalau nak keluar pergi mana-mana? See, handphone cap ayam jugak yang paling useful. Last sekali, handphonela penghubung terbaik untuk aku hubungi orang yang tersayang. HAHA :P
4. Calculator. Macam mengarut je kan. Tapi bagi student Math macam aku calculator tu ibarat macam jantung. Kegunaan calculator nie bukan hanya untuk tambah, tolak, darab, bahagi je. Tapi benda-benda yang kita tak terfikir boleh dikira pun calculator boleh bantu. Bak kata lecturer aku, bila dah dekat universiti, student bukan diuji untuk mengira atau menghafal formula-formula, tapi student diuji tentang tahap pemahaman sesuatu tajuk. So, biar jelah calculator je yang buat kira-kira tu. Hehe
5. Laptop. Susahnya hidup sebagai student kalau tak ada laptop. Laptop nie kiranya dah jadi satu keperluanla. Tapi zaman aku dekat matrik dulu tak perlu pun laptop semua-semua nie. Nak tengok laptop pun tak sempat busy punya pasal. Assignment dulu pun by hand je. Kat universiti je lecturer demand nak kena type lah, soft copy, hard copy. Macam mana kalau ada student yang tak mampu nak beli laptop? Tak ke kesian nak pinjam yang orang lah. Dahla lecturer suka bagi assigment last minute, lepas tu cakap student pulak suka buat kerja last minute. Hello, macam mana student nak perform macam tu? pftt
6. Money. Bukannya sebab aku mata duitan, tapi hidup kena realistik. Zaman sekarang semua benda perlu duit, duit dah macam air. Nak nak hidup dekat bandar, semua benda kena beli. Nak masak, daun kari cekadak tu pun kena beli. Memang robak lah. Hidup dekat bandar memang buat aku lebih menghargai duit. Mana taknya, kalau duduk dekat kampung duit boleh bilang bilanya keluar, sangat jimat. Tambah-tambah aku nie bukan jenis selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan, tak keluar rumah. Memang jimat abisla. HAHA
7. Pakaian. Memang perlu sangatla. Gila ke apa orang tak berpakaian. Lainla kalau dekat barat, bagi dorang normal la kot. Pakaian tak perlu semua nak kena ada brand, janji selesa dipakai dan cantik dipakai. Tapi tula, kalau cap ayam, mulala kalau pakai nak gelebeh, terkoyak sana sini.
8. Pen dan kertas. Sebabnya aku suka conteng-conteng. Takpun kalau tengah marah, geram and etc. aku tulis la segala bagai atas kertas tu sambil nangis-nangis. Dah abis tu, rasa sangat relieved! Tapi lepas tulis tu takyah la simpan kertas tu, sebab nanti bila terjumpa dan terbaca balik kertas-kertas tu rasa bodoh sangat. Macam manalah aku boleh tulis macam tu. Hmm, tapi kalau takda kertas pun takpa, boleh tukar dengan handphone ke, laptop ke, boleh type jugak kan. :P
9. Family. Kalau takda family hidup rasa terasing sangat. Mana taknya, dari kecil hidup aku nie da family-oriented. Satu lagi kalau takda parents, mana la nak wujud aku dekat dunia nie.
10. You. I can't live without you! :')
No comments:
Post a Comment