KLIK UNTUK TENGOK IKLAN YG COOL!

Wednesday, February 1

back to school-february



Pejam celik pejam celik dah masuk February. Kalau zaman sekolah dulu bulan February and March la paling benci. Every weekdays akan ada latihan rumah sukan dan merentas desa, selang2. Best memang la best beriadah petang petang hari. Yang tak suka tu sebab penat gila ohh. Yela, abis sekolah pukul 4.15. Selalu 4.30 baru jalan kaki balik asrama. Dalam 4.45 baru sampai ke dorm. Tu tak campur sambil jalan sembang ngn kawan-sampai-mati tak ingat dunia punya gelak dan balik sekolah lapar guling2 singgah kantin cari cekodok atau laksa asalkan dapat isi perut. Kadang kadang pukul 5 jugak baru sampai dorm.

Sampai dorm sambil salin2 baju, sambil sembang ngn roomates or tunggu azan asar, tetiba rasa ngantok tahap dewa dah mula. Tu semua dah 10 minit. Then cepat2 pejam mata dengan harapan utk mendapat tidur sepuluh minit yang berkualiti. Dan pada saat mata nak terlelap tu lah geng geng prefects start buat announcement siap ulang 543574983032 juta kali! grrrrr. Dan announcement yg last tu haruslah annoucement untuk menyeru segala isi asrama turun ke padang pada pukul 5.30 petang, dan tepat 5.30 petang tu la gate asrama akan ditutup. demm. 




Saat tu rasa macam dah takda iman dah. Tapi gagahkan diri jugak menuju ke toilet untuk ambil wuduk, cuci muka, gosok gigi sebelum turun ke padang. Dalam ke-rushing-an itu, toilet pulak penuh dengan junior2 dok basuh baju baik punya sental penuh sinki dengan air sabun tak kasi aku tumpang langsung. grrrr. rasa macam nak makan orang ja time tu. Tapi, sebagai senior yg berdedikasi, aku sanggup turun ke ground floor semata-mata nak cuci muka, gosok gg, ambil wuduk tu. And FYI, dorm aku dari form 1 sampai form 5 berada di tingkat tiga. Memang exercise sangat la, warm up siap2, before turun riadah.

Dan bila naik bilik untuk solat dan siap2 pakai baju sukan, of course lah jam dah pukul 5.30 ptg dan selalunya lagi la lewat. Dan sambil2 pakai baju, pakai tudung tu la waktu yg amat sesuai untuk memaki diri sendiri dalam hati apatah lagi di saat tu baru perasan tudung tak iron lagi. !@#$%^&*() lagi sekali. Haha, memang kabut abis la. Nasib baik la masa tu time2 senior, bukan form 1, 2, 3 lagi. Kalau tak lagi la bertambah cuak takot senior dah turun padang dulu. Menggigil lutut beb kalau turun turun pegi padang tu dari jauh nampak dah senior dah ada tunggu. Senior zaman aku jadi junior dulu memang menggunakan kuasa veto betol2, muka sorang sorang macam singa nak telan orang. Scary abis.


Kalau kau datang lambat je siap la kau kena maki hamun dengan dorang. Kalau mood dorang baik, dorang akan bagi sindiran yg menikam kalbu, takpun jelingan manja ja. HAHA. tapi at least time tu la boleh belajar utk hormat org yg lebih tua, walaupun dorang tak mengamalkan pun peribahasa "Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi". Waktu yg paling best ialah jam pukul 6.30 petang sebab waktu makan malam dah tiba! YEAY! semua serbu masuk dining walaupun makanan nya "Indah Khabar Dari Rupa". Siyes tak tipu -..-


*err, tak penah lg kot alami. anda?*

Balik-balik makan malam ngan peluh-peluh yg baik punya tu, masing-masing lawan jalan laju-laju balik asrama dulu. Sebab musababnya ialah nak chop toilet/sinki untuk mandi dan basuh baju. Balik balik tu selalu takkan singgah dorm cabut tudung, salin baju semua pun dulu, terus pergi toilet sebab kalau mandi awal, boleh rehat awal before pergi prep malam 8.30 malam nanti pulak. Kalau boleh chop toilet awal, dan mandi awal tu dapatla tidur guling2 atas katil yg tak berapa nak empuk tu, dan bangga kembang hedong 24 inci la kat kawan2 yang dok bersidai atas lantai, pasang kipas dalam dorm sementara tunggu turn nak mandi sampai. Best tak ingat la boleh tidur mimpi Anuar Zain sementara kawan2 dok maki hamun dalam hati tunggu junior sorang-sorang mandi setengah jam. hehe.


Walaupun setiap hari rutinnya begitu, sampai hati dah memberontak hentak2 kaki dah tiap2 hari buat benda sama, nak cepat2 abis sekolah. Pejam celik pejam celik dah abis 5 tahun aku duduk sekolah tu. Horayyy! Tapi tapi tapi...tak sampai sebulan selepas tu dah start rindu masuk sekolah balik, nak pakai baju sekolah yg putih suci yg nampai macam innocent tu je walaupun hakikatnya perangai sorang2 kat blakang ada tanduk. Tapi still akan rindu zaman sekolah, zaman membesar belajar hidup berdikari sendiri, belajar takde la teruk mcm zaman matrik/u. Boleh main2 lagi. Best apa dok sekolah. Kalau orang cakap tak best pun apa aku kisah, aku rasa best apa! lalala. :)


Sekian, ceramah back to school di bulan February. 
Till we meet again. bye
THANKS FOR READING! FEEL FREE TO DROP YOUR COMMENT(S) YA! :)

No comments: