KLIK UNTUK TENGOK IKLAN YG COOL!

Monday, December 5

The moment returns

This noon aku pergi ke Kangar, nak beli something.
First thing first, pergi cari barang tu straight away, then masuk The Store sebab rasa macam dah lama gila tak masuk kan. Sambil-sambil tu saja nak amik memory time outing zaman sekolah dulu dulu :') Rindu schoolmates, classmates, dormates, soulmates. See, plural tu. banyak sungguh mates aku. hehe

Keluar The Store, nampak kedai buku tepi jalan yg selalu aku pergi dulu, dah lama tak baca magazine, last sekali masa duduk matrik dulu kot. Then, grab my favoutire magazine, RAPI :). Tiba tiba tangan terambil lagi satu Cosmopolitan. It's okay, sekarang banyak masa terluang boleh baca magazine sesuka hati tanpa rasa bersalah homework tak siap atau tak buat assignment lagi. Hew hew hew :P

Lepas tu, aku terfikir nak cari benda makan, and tiba tiba teringat pasal bihun sup belakang The Store! Tempat makan masa outing dulu! Oh my, bertambah rindu. sobsob. On the way nak pergi belakang The Store, aku TER-stuck dekat kedai bunga sebelah tu. terr okay. haha.
Hari tu pergi bunga dia tak fresh, bunga lama. Pergi hari ni, kekwa kat luar tu cantik cantik sangat. Lepas tu, aku masuk la kedai tu tanya roses. Not bad la, fresh, cantik berbanding hari tu. Aku amik 3 red roses, nak letak dalam bilik. Aku bagi not 50. Then dia pulang RM46.40. And I was like !@#$%^&*() WHAT? 3 roses for only RM3.60? Aku ingat akak tu salah kira, rupanya betolla sekuntum RM1.20. Ya Allah, murahnyaaa. Teruja aku sekejap. Kedai bunga aku kerja hari tu sekuntum RM5. Kalau 3 dah RM15. Aku pun bajet lima blas ringgit la tadi. hihi. Rasa macam nak beli hari hari! :P


Okay, perjalanan diteruskan dengan niat nak beli bihun sup belakang The Store. Aku order 2 bungkus. Lepas tu aku jenguk jenguk la harga bihun sup tu berapa, kot kot la ada lekat dekat kedai tu kan. Tapi takda. Okay, redha jela, mahal pun mahal la janji aku dapat makan. Lepas tu masa nak bayar aku bermonolog kejap *nie bawak keluar duit bapa ringgit nie?6 ringgit cukup tak?takkan sebungkus 3 ringgit kot. Mana ada org jual 3 ringgit dah sekarang nie, semua dah mahal. Adoi, konpius2* Then dengan tidak semena menanya, pakcik tu hulurkan bihun sup tu dekat aku *Nah adik, 4 ringgit*. Haaa? 4 ringgit? Aku rasa macam nak lempang je diri sendiri kuat kuat, bukannya aku tak dengar, tapi macam tak percaya, tu yang tanya lagi sekali. Pakcik tu pun dah pandang lain kat aku. Untuk kali kedua, rasa macam nak loncat loncat je kat situ. Harga dia tak berubah sikit pun, kot la nak naik singgit ke, nie tak naik-naik dari zaman aku sekolah dulu, still dua ringgit. Murah sungguh. Kalau kat Kolumpo mau 4 5 ringgit kalau macam nie. Hik hik hik. Seronoknya duduk Perlis. Barang murah murah. Oh, rasa macam masih dibangku sekolah! :P


Okay, errr..takde motif pun nak update hari nie, just nak kongsi rasa teruja tu je. Ok, bye!


THANKS FOR READING! FEEL FREE TO DROP YOUR COMMENT(S) YA! :)

2 comments:

amirah said...

Beza betul utara dengan selatan kan?

wanafifey said...

yupp, people, food, things. but all are nice! :)