1. My sis was admitted to hospital. Dengue. Semoga dia cepat sembuh.
2. Hari raya kali nie tak complete sangat as my big brother was not here. Well from now maybe every raya tak kan jadi complete sangat as everybody has their own commitment. So kena biasakan diri dari sekarangla.
3. My little brother grew very fast. Balik kali ini dia dah tinggi dan besar dari aku. Memang lagi tak makan saman la. Baru darjah 6. Jangan harapla tingkatan satu nie dia nak pergi SBP. Memang parents aku tak kasila dah takde sapa dekat rumah. Kesian jugak dekat dia sebab dia memang budak pandai. Tak kisahla, nak belajar pun mana-mana boleh belajar.
4. Cuti kali nie memang aku habiskan masa dirumah sahaja. Kawan-kawan sekolah pun tak ajak gathering, semua busy, so aku pun lebih suka habiskan masa dengan family, bukan senang nak dapat peluang.
5. Terasa tersentuh umi ijat tanya pasal masalah aku. harap-harap dapat diselesaikan dengan cepat. I wanna be at home
6. I'm feel very blessed eventhough ujian datang bertimpa-timpa pada aku. Betul la, Allah takkan bagi ujian pada seseorang tu kalau dia tak sayangkan hambanya. Sekurang-kurangnya, dapat tingkatkan keimanan pada yg Esa.
7. Apa erti pengorbanan yang sebenar? banyak sgt nak ditafsirkan. Salah satunya inilah, yg aku merantau ke negeri orang nak menuntut ilmu. bak kata umi ijat "berjihad dalam menuntut ilmu amat mulia di sisi Allah"
8. Dalam banyak yg menghina, banyak lagi yang memberi sokongan. Syukurla pada yg Esa, dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
9. Aku dah jalankan tanggungjawab aku sesama manusia apabila membuat kesilapan, tidak semegah mana yang dibanggakan pun untuk mempertahankan ego. Terpulang kepada yg lain.
10. Aku dah rasa semua situasi sebagai seorang pelajar. Jadi pelajar kesayangan, pelajar tak pandai, pelajar tak pandai, pelajar sederhana, pelajar yg main sport, pelajar yg pgg jawatan, tak pgg jawatan langsung, semua kau dah penah rasa. Kita hanya dapat memahami seseorang itu bila kita berada di tempatnya.
11. Masa sekolah rendah, aku jadi pelajar kesayangan. Nampak perbezaan apabila cikgu ada sikap bias dekat student. Pengajaran buat aku-treat others equally
12. Masa form 1, aku rasa akula yg paling malas sekali. Memang asyik homesick, asyik balik rumah. Memang tak fikir nak belajar langsungla. So, aku dah ada experience macam mana rasa jadi budak tak pandai
13. Masa form 2 dan form 3 dah rajin sikit, tapi banyak main sangat, pencapaian just average. Nasib baik PMR aku buat betol2. Result pun dapat yg betol2 la.
14. Masa form 4 memang aku honeymoon abis. Pencapaian still average tapi certain subject yg mudah aku tak boleh score sebab aku malas buat latihan. throughout the year, ranking aku dalam form maintain 40/120 sampai hujung tahun.
15. Bila form 5, dah jadi rajin sikit. Fikir belajar ja sampai benda lain aku tolak tepi, dan aku pun jadila student pandai. Rasala jugak mcm mana cikgu treat kita, kawan-kawan treat kita. Form 5 aku memang berubah banyak. Aku memang lebih berdikari, every weekend waktu orang lain sedap-sedap tidur atas katil, aku pergi study dekat kelas sorang-sorang. Balik dorm masa lucnch dan Zohor, lepas tu pergi kelas balik. Takpun pergi study dekat pavilion tepi padang sekolah. Tenang sangat rasa even aku study sikit pun, rasa semua yg aku study masuk.
Conclusionnya, aku fikir semua sekali. Semua yang kita ada sekarang bukan permanent. Every single thing. Tuhan boleh beri and ambil sekelip mata sahaja. Kesihatan, ketenangan jiwa, kecerdikan, kemewahan, keluarga, kawan-kawan, org yg tersyg, semuanya tidak kekal. Syukurla, pengalaman banyak mengajar aku.
No comments:
Post a Comment