Selepas sahur, menunggu azan subuh
Alhamdulillah, dah sampai ke negeri paling kecil dlm Malaysia nie. rasa tenang dan harmoni dengan suasana macam nie.tambah tambah pulak dengan musim hujan nie, memang sejuk, nyaman je. dah 4 hari sebenarnya sampai, seronoknya tak terkira. hilang seketika rasa rasa yg susah hati dan masalah yang ada.
Balik nie, aku tekad pergi bazar Ramadhan. walaupun memang aku jarang pergi pun dan rasanya dah beberapa tahun tak pergi, kali nie pergi jugak sebab nak amik mood kampung. best sangat, makanan murah murah. kuih 4 singgit!mana nak cari dekat Kolumpo sana, plg koman pun 5 2 hengget. padahal tak sedap mana pun, org berniaga sebab fikir nak untung saja.
Aku pergi tak sampai 10 minit, sampai sampai terus menuju ke kedai jual ayam percik. tak kira mahal ke murah aku nak beli gak. hihi. well, tak mahal pun la.berbaloi la dari nak makan kat tempat mahal2, rupa je lebih, rasa *****. paham paham jela. macam yang nie la lebih kurang makanan2 yg konon2 hebat di bandar
*rasa tak sesedap harga. btw, syukur Alhamdulillah ada lagi org lg susah nak dapat makan*
*guess what, nasi macam nie kat Kolumpo dah 11 hengget. rasanya tipikal. sigh*
Malam malam masa orang berpusu pusu pergi solat terawih, lagi ramai berpusu pusu masok mall untuk shopping raya. memang sakanla, tv LCD baru, baju baru tu toksah cakapla, memang confirm la dekat2 raya nie ye dak? Ramai tak ramai orang yang masih lalai kejar kemewahan dunia dan ketepikan perkara yang wajib*note for self too*. contoh lagi, berapa ramai mak bapak didik anak dorang untuk berpuasa penuh sedangkan solat tak dipandang sebagai perkara pertama yang wajib dorang ajar kpd anak2. Solat tu dulu la nak dihisab dulu nanti akhirat. kita sendiri boleh tengok kan?
Semalam baca blog kak Maria Elena tentang hijab. aku setuju sangat sangat dengan pendapat dia. dan buat aku terpk, tengok diri sendiri balik. antara part2 yang dia tulis yang aku setuju sangat2;
"how i was 'bashed' in youtube and my blog, i did not cover my aurat properly.
some comments hurt me to the core and made me depressed too for a while because i couldn't understand ; i pakai tudung ni, lagi ramai nak condemn condemn. bila i free hair bukan main orang suka dress i la, suka rambut la, etc etc. aurat yang i dulu suka nak tunjuk, takde lak orang marah. skang dah tutup, ramai lak nak comment. aneh kan?"
some comments hurt me to the core and made me depressed too for a while because i couldn't understand ; i pakai tudung ni, lagi ramai nak condemn condemn. bila i free hair bukan main orang suka dress i la, suka rambut la, etc etc. aurat yang i dulu suka nak tunjuk, takde lak orang marah. skang dah tutup, ramai lak nak comment. aneh kan?"
Lumrah.. kalau perkara baik yang kita buat tu, mesti ada yang nak cari kesalahan kita. ada yang bagus, ada yang tak. bagusnya, kita tak terpesong niat utk buat perkara baik tu dan try jadi yg terbaik. yang tak bagusnya, akan buat kita rasa down, tambah tambah kalau kita jenis yang low self-esteem. memang kena tabahla nak berubah jadi yang lebih baik nie.
Cuba tengok dalam facebook tu, macam macam jenis orang kita boleh jumpa dan macam macam jenis gamba la jugak telha diupload.tapi berapa ramai yang nak tegur mereka mereka yang berpakaian seksi tersebut? sangat sangat sikit. yang ramainya "u nie seriously chomel, lawanya awak nie, n blablabla" . Aku pun taktawu sangat ayat dorang guna sebab aku jarang bukak gamba2 orang nie. see, tu namanya komen membina. lagi la mereka mereka tu seronok berpakaian, bergamba macam tu. dah nama pun perempuan, memang sukakan pujian.
aishh, dah dahh. Melalut pulak aku dok tulis banyak banyak nie.lagi 3 hari nak raya.. Tak seronok macam tahun tahun sebelumnya sebab abang aku yg sulung balik beraya di rumah mentua dia. Hmm, rasa lain sikitla kan.. dan pada masa yang sama menghitung hari pulang ke Shah Alam, masuk sem 3. Oh, btw, dah dapat gaji untuk part time ritu. Hmm, aku taktahu bos tu kira gaji macam mana, yang pasti memang kurang dari sepatutnya aku dapat. Malasnya nak cakap, pandai pandai la dia jawab nanti kalau makan benda yang bukan hak dia kan.
-hari nie harap harap dapat ****** ! Aminn :P
No comments:
Post a Comment