KLIK UNTUK TENGOK IKLAN YG COOL!

Wednesday, August 10

Counting days

1. Menghitung hari nak berenti kerja dan pulang ke kampung. dan menghitung hari untuk masuk belajar balik. oh, no no no. sebulan je lagi. haduii, sayangla pulak nak memerah otak untuk maths kesayangan*ceeee, aku dah syg maths okay! HAHA

2. Aku serius rasa nak tulis kat raya and post kat seramai yang mungkin. Tapi tak berkesempatan nak beli kad raya, plus tak tahu ada jual kat mana kat sini. Teringat dulu zaman zaman sekolah sanggup outing bulan bulan puasa semata mata nak beli kad raya, walau penat, dahaga and segala macam lah! hihi, so sweet kan zaman sekolah dulu2?

3. Semalam dengar luahan hati seseorang yg aku baru kenal. Dia tengah frust menonggeng sebab dah putus tunang, dah nak kawin pun sebenarnya. Bayangkan, bercinta 8 tahun, bertunang baru berapa bulan and terus putus. Walhal dah beli rumah baru, barang barang dalam rumah semua. Hmm, sudah termaktub jodoh pertemuan di tgn tuhan kan.

4. Aku tengok ramai sangat manusia sekarang nie terkejar kejar dengan $$$$$. idk why. yess, memangla zaman sekarang everything needs money, tapi duit tu bagi kebahagiaan ke? Pfftt. well, tak salah la nak 'mencuba market' kan, tapi kalau duit je yg kau kejar, last2, apa pon tak boleh. kalau kau banyak duit sekarang, tak bermaksud dlm ms 20 tahun nanti pon kau ada banyak duit. Camtu jugak kalau kau miskin sekarang, tak bermaksud 20 tahun nanti duit kau macam tu je jugak. Rezeki tuhan kasi sama adil, cuma kita je nampak dari segi zahirnya saja. Aishh, banyak pulak aku komen pasal nie*sekian sahaja syarahan saya yg bertajuk 1 Malaysia -.-''*

5. Oh yess, baru tanya kawan lama aku tadi sal kedai bunga yang aku selalu pergi time outing time sekolah dulu, masih wujud kot! happy! XD -.-' yess, tu la kerja aku and kawan kawan aku setiap kali pergi outing walau tak selalu pun. Beli bunga ye, bukan pergi shopping pun. Tak mampu pun nak pegi shopping, takda duit sendiri pun. So, bunga jela yang mampu nak beli pun kan. Beli pun bunga kekwa/crysanthemum/pompom je.*ketiga2 ini membawa maksud yg sama ya. Paling mahal pun beli ros sekuntum dua. Pastu balik cari botol air kosong, isi air, buat letak bunga. Konon konon nak hias loker lah kan. Masa siang pulak pagi pagi before pergi kelas letak kat luar koridor sebab nak kasi dapat sunlight. demm aku br tahu sebenarnya takyah pun, bunga lagi cepat layu. naive btol kan dulu, blaja sains tumbuh2an perlukan sunlight, aku pun letak ke bawah matahari. Patutla tak tahan lama! ishhh. Balik kampung nanti nak beli bunga kat kedai lama la! yeyeaa. hihi

6. Kawan aku si wanie nie request suruh buat nama dia dlm blockquote la pulak aii. tanda sayang katanya. cehhh. nah amikk.



NUR SYAZWANI BT GHAZALI


terharu tak weh? -.-
Okay, byee semua. nanti titew rajin titew update lagi... :P

THANKS FOR READING! FEEL FREE TO DROP YOUR COMMENT(S) YA! :)

2 comments:

Syazwani Ghazali said...

Yeah.. super duper terharu.. laen kali bwt lagi ea~ <3 <3

sape lagi..... said...

nak request gak...nak ase disayangi..~