1. Sudah selamat sampai di Putrajaya. Semalaman tak dapat tidur dalam bas. Dahla sejuk gila, bas pulak asyik berhenti. Foreigner tak respect langsung orang kita. Boleh pulak naik dalam bas minum 'Carlberg', smoking. Menyampah je tengok macam tu, masuk negara orang buat hal.
2. Sebelum naik bas, dekat rumah, masa sibuk-sibuk packing aku teringat nak cari album lama yang aku sayang, yang aku letak gambar-gambar yang elok masa zaman aku sekolah dulu. Unfortunately, semua gambar dah rosak, tak nampak langsung sebab banjir dekat Perlis hari tu, aku letak album tu dekat almari bawah. Sedih sangat, takde langsung gambar masa zaman sekolah yang aku simpan. Pendrive yang ada gambar masa sekolah pun dah hilang.
3. Tengahari tadi pergi hantar barang and jumpa kawan sekolah,Adilah dekat Putrajaya Sentral. Aku tak cam langsung dia dari jauh+memang aku rabun. Bukan setakat dah bertudung labuh, kawan aku dah berpurdah sekali. Aku sebak+nak nangis, gembira, tersentuh sangat tengok kawan baik aku sebaik itu. Dan terfikir, bila lah diri sendiri nak jadi seperti tu. Rasa seronok sangat tengok dia. Walaupun dalam 15 minit je jumpa, sangat bermakna. Harap aku dapat berubah jadi macam dia satu hari nanti.
4. Rumah sewa di Shah Alam tak habis-habis dengan masalah. Tuan rumah tak bayar pulak duit rumah dekat office maintanence bawah. Notis dah berapa kali dapat. Nak keluar rumah deposit tak dapat claim sebab tak cukup setahun lagi. Kak Dila dah pergi office NR buat report. Harap-harap dapat deposit balik, untuk cari rumah baru nanti.
5. Hari ni banyak berfikir sendiri. Kalau diri kita susah, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Kalau kita sakit, ada lagi orang yang lebih teruk sakitnya berbanding kita. Pengalaman perlu dicari untuk mendewasakan diri.
No comments:
Post a Comment