Assalamualiakum.
Oh, sebelum tu nak cakap best tengok cerita Marimar hari ni. First time tak geram, selalu hero/heroin serius bodoh gila! Hari nie Angelica dah kena tangkap. Alah, cerita Philiphine, standard la jalan cerita macam tu. Oh please, sejak bila aku boleh layan cerita macam nie. Oh, sejak cuti 4 bulan duduk goyang kaki. pfttt. Secondly cerita Juvana semalam best tapi geram gila rupa rupanya warden laki dua dua orang tu jahat Eeee, geram mak! Cikgu Zakiah pulak dalam bahaya. Oh, kalau macam nie kena tengok jugak next week. Hehe
Okay, nak komen sikit pasal Bersih 2.0. Walaupun aku student and tak sesuai nak komen pasal politik politik nie,aku suka nak ambil tahu jugak, baca dekat websites, blog orang, tengok video, berita, and beberapa sumber yang lain. Tak tawu apa nak jadi dekat negara aku nie, dah macam tengok keadaan dekat luar negara. Akhir zaman macam macam la nak berlaku. Semoga yang benar mendapat keadilan.
Baru baru nie aku terbaca dalam blog kawan aku pasal family dia yang kemungkinan terkena saka whatsoever nie. Then, terbaca dia tulis pasal tanda-tanda seseorang tu terkena saka. And aku nak ulas satu petanda sebab ada kaitan dengan mimpi yang selalu aku dapat.
Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang -menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu
Aku dapat mimpi nie dah lama, seingat aku zaman aku duduk dekat Kelantan, masa aku darjah 1 2 camtu dah selalu mimpi. Masa tu takutnya toksah nak cakapla kan, nama pun budak-budak. Kecik kecik dulu aku tidur dengan kakak aku dekat bilik atas yg belakang (masa rumah Kelatan). Bila mimpi macam tu pastu aku terjaga pulak tengah tengah malam yang orang tengah syok tidur tu, aku lari la masuk tidur dalam bilik parents aku enyap2. Sanngup tidur atas lantai pulak tu. Bila aku gtau parents aku, memang la dorang cakap mainan tidur, suruh baca itu ini, basuh kaki sebelum tidur. Aku pun ikut je la, lama-lama aku dah biasa dengan mimpi macam tu.
Sampai besar sekarang*takdala besar sangat* , aku selalu la mimpi macam tu, seminggu 2 3 kali dan lebih. Nak kata aku tak baca doa, seingat aku memang aku selalu baca, pastu berangan/muhasabah diri samapi tetidur. Memang aku takes time sikit nak tidur. Hmm, selalu yang aku mimpi pasal 'hantu' tu, mesti persekitaran dalam cerita mimpi tu aku familiar sangat sangat. Contoh, dalam rumah, dalam bilik, dekat rumah sewa. Dalam mimpi tu memang rasa takut gila nak mati la, tapi bila bangun, duduk2 kejap, tak takut dah. Mungkin sebab dah biasa, aku pun jadi tak ambil kisah. Nak kata aku selalu pk smpai termimpi mimpi tak langsung. Nak kata aku selalu tengok cerita hantu smpai terbawak-bawak pun takdala. Even aku suka tengok, tapi tak selalu, sebab aku penakut jugak.
Aku terfikir nak ingat balik kenapa ya aku selalu termimpi macam tu bila kau sembang2 dengan kakak aku 2 3 malam lepas. Then aku rasa macam pelik/misteri pun ada. Hmm, nak dijadikan cerita malam semalam aku rasa macam kena tindih. Kejadian berlaku selepas aku tidur balik selepas Subuh. Sesak dada toksah cakapla kan, tak bley nak bernafas, then rasa berat kepala sangat. Bila okay sikit, bangun sambung tidur balik depan tv. Bangun kali kedua tu yang rasa okay sikit. Tapi aku jenis positive thinking pasal benda benda camni. Bila malam nak tidur keesokan tu baru aku sedar yang aku kena 'tindih' tu bila difikirkan balik. First time kena masa form 4/form 5 kalau tak silap, masa tu dekat hostel.
Pernah sekali aku bangun pagi, masa nak kemas katil aku nampak banyak rambut atas bantal/cadar aku dalam panjangnya 3-4 cm macam dipotong dengan gunting. Terkejut mak toksah cakapla. Pergi tengok dekat cermin kot kot jadi pape,tapi takde pulak kesan gunting atau pelik pelik. Misteri kekal sampai sekarang. Biarlah, benda dah lepas. Tapi yang sekarang nie kau still tak puas hati asal aku selalu mimpi 'hantu' tu. Selalu pulak tu. Boleh tak siapa siapa tolong bagi sebab kenapa?
Ada jugak kakak aku ajak pergi Darul Syifaa' yang pusat perubatan Islam tu tapi aku yang taknak.Takut sebenarnya. Hehe. Kakak aku cakap yela mana tahu takut 'terkena' sipi sipi pape. Lagipun kita bukan tahu nenek moyang kita dulu macam mana. Yang aku tahu, sebelah mak aku macam yang baik-baik. Sebelah ayah aku moyang aku Cina pure datang dari negara China tu. Takkan orang Cina pun amalkan jugak 'benda benda' macam tu? Hmm, mystery may reveal some days. I hope so.
Doa Mimpi Tidak Baik
"Allaahumma innii a;uudzu bika min 'amalisy syaythaani, wa sayyi'aatil ahlaami"
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk" (HR. Ibn as-Sani)
"Allaahumma innii a;uudzu bika min 'amalisy syaythaani, wa sayyi'aatil ahlaami"
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk" (HR. Ibn as-Sani)
No comments:
Post a Comment