KLIK UNTUK TENGOK IKLAN YG COOL!

Tuesday, May 17

Day 1: 10 things about me


1. Nama sebenar aku sejak dilahirkan ialah Nurul Shazwana bt Jismi. Aku pun sebenarnya tak tahu siapa yang kasi nama tu kat aku. Maksudnya "cahaya bau kasturi". Tapi sampai sekarang pun aku tak pernah bau kasturi tu macam mana. Yang penting wangi okay! :P

2. Aku lahir pasa 30 Ogos 1991. Okay, memang tak best pun tarikh tu. Even kalau 31 Ogos pun aku tak rasa teruja sangat sebab bila aku nak sambut birthday je, orang lain sambut merdeka. Of courselah orang akan ingat hari merdeka dari birthday aku. This is not fair! HAHA.

3. Aku membesar di banyak tempat. So takyah hairanla kalau aku boleh faham macam-macam dialek kat Malaysia nie. Cuma aku tak pandai cakap je banyak-banyak. Mahu tergeliat lidah aku cakap macam tu. Bahasa aku pun dah jadi rojak sampai aku sendiri pun kadang-kadang tak faham apa yang aku cakap nie. Orang lain apatah lagi kan..he

4. Yang paling best aku ada ramai kawan dari pelbagai negeri. Kiranya kalau aku pergi mana-mana pun, InsyaAllah akan ada kawan kat situ. Tapi yang tak bestnya aku takda kawan kat kampung. :(

5. Aku takda bestfriend maybe sebab aku suka kawan dengan semua orang. Plus, aku bukan jenis memilih kawan. Tapi yang aku tak suka tu aku buat don't know, yang aku suka aku joinla. Orang cakap, ambil yang positive je. :)

6. Aku tak suka nak pakai make-up dan jugak rimas eventhough aku suka tengok orang pakai. Bagi aku ambil masa nak pakai semua-semua tu. Lagipun, geli jugak nak pakai make-up tebal-tebal bagai. Macam lagi buruk adala. 

7. Aku tak pandai+kekok nak kawan rapat dengan mana-mana lelaki (kecuali boyfriend aku la). Bukan sebab aku nak bajet ke ape ke, sebab for me, perempuan takkan boleh kawan rapat dengan lelaki because at last, salah seorang akan fall in love, and aku benci macam tu. Nak kawan buatla macam nak kawan. Nie kawan untuk ambil kesempatan buat apa. So, kawan biasa-biasa sudah.

8. Aku cerewet dalam hal rumah tangga. HAHA. kenyataan yang aku sendiri malu nak mengaku. Aku pantang tengok orang buat sepah-sepah rumah, pengotor, dan pemalas, dan tambah-tambah dia itu ialah seorang perempuan! Please lah, macam mana nak jadi bini orang kalau diri sendiri pun tak terjaga kan.


9. Aku tak pandai in both kira-kira and membaca. Yang pelik sekarang nie aku tengah study untuk jadi cikgu matematik.pftt. Maybe sebab result math aku tak teruk sangat eventhough aku tak minat math. Tapi at least okay jugak dari aku kena baca and hafal bagai-bagai. :P


10. Ramai orang yang tak kenal aku akan cakap aku sombong. Tapi aku tak kisah pun sebab dari kecik lagi my mom told me don't talk to strangers. Kiranya bukan salah aku lah kan, dah biasa macam tu. So, get to know me better, then i'll be nice to you. Hey, i'm a nice person okay. HAHA


                                                                        -hey you, i miss you-

 
 

THANKS FOR READING! FEEL FREE TO DROP YOUR COMMENT(S) YA! :)

No comments: