KLIK UNTUK TENGOK IKLAN YG COOL!

Friday, April 8

 
okay, aku mungkir janji ckp taknak update blog sampai abis final.tapi nak update jugak, aku summarized kan lah..takyah cakap banyak-banyak.

ISNIN
Pening belajar guna software SPSS.dan namanya beli yang pirate punya mmgla pening sikit.mana tak nya, yang original punya RM1000+.gila aku nak beli!lagipun kawan-kawan aku pun pakai yang pirate punya.okay, hari nie aku tak pergi kelas math logic lagi.sebab dorang nak pergi settle kan duit umah sewa and bil-bil yang tertunggak rumah nie. then, balik rumah untuk mintak duit kat budak-budak tesl tuh, kak dila mengamuk. mana taknya, masa dia cakap ngan dorang, sorang pun tak pandang, ni kan nak kasi respond. memang sangat kurang ajar okay, tu namanya takda manner. then kitorang decided bank in asing-asing.pandai-pandaila korang nak bank in duit tu semua nanti ye.

SELASA
okay, first class calculus and aku tak masok jugak. first time ponteng kelas calculus..sangat takut sebab susah nak catch up nanti.tapi sebab aku dah terbangun lewat, and aku tak study untuk test petang tu, terpaksala jugak.sebab semalamnya aku study fizik..ada dua test sehari.memang terbaik!petang tu aku boleh jawab test fizik tapi test math tak boleh..rasa sia-sia aku ponteng kelas calculus. :(

RABU
aku terbangun pukul 4.30 then keluar bilik sebab lampu luar bukak. pastu baru aku perasan yang air kat rumah dah kena potong. dahla memang takda air tadahan. ada air sikit dalam baldi. tu pun cukup untuk amik air sembahyang je.memang tak pergi kelas satu hari lah. konon cakap kat madam air takda tak boleh pergi kelas. nasib baik madam paham. pastu terus pergi air terjun sg gabai (dekat ngan sg congkak) dekat ulu langat. memang sangat jauh, tapi sanggup tu.drive dengan kereta dlm satu jam lebih. sebab shah alam takda sungai atau air terjun..nak pergi jugak, sanggup tu. pastu petang pergi makan char kue tiau dekat Setapak. orang cakap MALI char kue tiau tu memang famous satu kl. boleh nampak, ramai gila beratur walaupun kedai dia macam warung tepi jalan je. tapi sedap okay!harga pun reasonable..yang kecik 4 ringgit, besar 5 ringgit, special 6.50..nanti aku upload gamba okay. sekarang nak pergi study sebab esok ada dua test lagi.bye!

THANKS FOR READING! FEEL FREE TO DROP YOUR COMMENT(S) YA! :)

2 comments:

SatoshiTomiie said...

Spss version bape tue ygg...umi ngan abg mmg dok pakai :P

tak tanye pown...

SatoshiTomiie

wanafifey said...

16, 17, 18..tapi yang mcm boleh guna pon 16 je.